MOK NAB ‘API MISTERI’ RAYU BANTUAN

 

Keluarga Zainab Sulaiman yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Bunga Emas, Penambang, Kota Bharu musnah dalam kebakaran dipercayai akibat api misteri memohon bantuan pihak tertentu untuk mendapatkan rumah baharu.

Zainab, 80, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab berkata, dia serta menantu perempuan dan tiga cucu kini terpaksa menumpang berteduh di rumah saudara-mara yang tinggal berhampiran.

“Mok Nab bukan hendak hidup menongkat langit pun, tidak lama lagi akan pergi menemui-Nya juga. Namun, Mok Nab tidak sampai hati hendak melihat menantu dan cucu hidup menumpang di rumah orang lain.

“Jika ada pihak yang tidak keberatan menghulurkan bantuan untuk membina kediaman di atas tapak rumah lama ini kami sangat menghargainya,” katanya ketika ditemui di Penambang, pada Isnin.

Sekitar 2010, rumah Mok Nab menjadi perhatian seluruh negara berikutan kewujudan api misteri yang membakar lebih seratus helai pakaian milik keluarganya selain tilam dan langsir.

Sementara itu, dalam kejadian pada pukul 10 pagi, 19 September lalu, kediaman tersebut akhirnya hangus manakala dua lagi rumah jirannya terbakar sehingga 90 peratus kerana gangguan sama-sama.

Pada masa ini, lima sekeluarga itu sekadar berteduh di sebuah bangsal di hadapan tapak rumah lama sebelum menumpang rumah saudara pada waktu malam.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.