MRT : “LANGKAH KAJANG SEBENAR” – NAJIB

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Datuk Seri Najib Razak menyindir pembangkang dengan menyifatkan pelancaran laluan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang dianggap sebagai “Langkah Kajang” yang sebenarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia menjadi kebanggaan apabila kesemua 31 stesen MRT akan beroperasi bermula jam 4 petang ini untuk kemudahan 1.2 juta rakyat di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, rakyat Malaysia patut berbangga kerana memiliki sistem pengangkutan bertaraf dunia yang mampu memberi lonjakan berganda dalam segala aspek.

Lebih manis lagi kata Najib, janjinya pada rakyat telah dilaksanakan lebih awal dimana laluan MRT Sungai Buloh-Kajang sepatutnya disiapkan pada akhir Julai 2017, namun disempurnakan dua minggu lebih awal.

“Saya masih ingat ketika menggalas tugas sebagai Perdana Menteri antara keputusan paling awal kita buat adalah kenal pasti bahawa apa sebenarnya kehendak rakyat, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir.

“Ini merupakan satu detik yang amat bersejarah di Malaysia, tanggal 17 Julai 2017, hari ini kita menyaksikan pembukaan rasmi laluan MRT Sungai Buloh Kajang, ini benar-benar ‘the real Kajang Move’,” katanya ketika berucap merasmikan laluan MRT Sungai Buloh Kajang di stesen MRT Tun Razak Exchange, pada Isnin.

Selain itu beliau juga yakin bahawa pengangkutan MRT bakal membawa perubahan dalam kehidupan harian warga kota dan juga rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, ini adalah titik permulaan sahaja, jika rakyat bagi keyakinan kepada kita, bila sampai masa nanti akan sampailah hasrat kita Malaysia maju, hebat, cemerlang,” katanya.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

Projek MRT Lembah Klang melibatkan pembinaan jaringan pengangkutan awam yang berasaskan rel yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan atau light rail transit (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Sistem-sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam kawasan Greater Kuala Lumpur dan Lembang Klang.

Projek ini diluluskan Kerajaan pada Disember 2010. Jajaran pertama yang dilaksanakan adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Jajaran pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Jajaran ini bermula dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, melalui pusat bandar raya dan berakhir di Kajang, sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara Kuala Lumpur.

Terdapat 31 stesen di sepanjang stesen ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah.

Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, bermul operasi pada 16 Disember 2016.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.