MRT UNTUK KESELESAAN RAKYAT

 

Walaupun kos pembinaan mencecah RM21 bilion, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) adalah projek kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bakal memberi manfaat kepada 400,000 penumpang setiap hari.

“Ini adalah cenderahati perdana menteri untuk negara.

“Dengan kejayaan ini, marilah kita sama-sama meraikan satu lagi simbol kejayaan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara,” katanya dalam blognya, pada Isnin.

Beliau berkata pembinaan MRT membuktikan kerajaan sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama serta idak mendiskriminasikan negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

Tegas  ia juga membuktikan kecemerlangan kerajaan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien kepada rakyat di ibu negara selain menyediakan sistem pengangkutan awam yang setanding dengan negara maju.

“Dengan terbinanya MRT ini, maka manfaatnya banyak sekali untuk rakyat. Antaranya ialah menjimatkan masa dan kos perjalanan,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.