MUHYIDDIN HIPOKRIT, BELA DAP ANTI ISLAM

 

Ketika bersama UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang individu yang cukup lantang mengecam DAP, termasuk ‘mengutuk’ Lim Kit Siang.

Namun, hari ini ia berbeza apabila Pesiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, cukup lantang membela pemimpin rasis anti Islam itu.

Bagaikan terkesan dengan sindiran UMNO, Muhyiddin mempersoal tindakan bekas parti yang pernah dianggotainya itu mempamerkan 20 karikatur dan poster pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau menyifatkan poster berkenaan bertujuan menakutkan perwakilan dan menumpukan taat setia kepada presiden parti.

“Meletakkan gambar Kit Siang untuk menakutkan perwakilan dan takut sangat sebahagian perwakilan tidak menyokong UMNO sebaliknya menyokong Pakatan Harapan,” ujarnya dalam video yang disiarkan di laman facebook  rasmi parti itu, pada Khamis.

Sebanyak 20 karikatur dan poster saduran anti-DAP itu memaparkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang mana watak-watak mereka di kawal oleh Kit Sian yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP.

Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden PH berkata, beliau sendiri telah melihat akan akujanji yang perlu oleh perwakilan UMNO untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam perhimpunan diadakan kali ini.

“Ada aku janji yang saya sudah lihat dan baca menunjukkan ahli UMNO akan berikrar taat setia pada Najib bukan pada UMNO.

“Jadi begini menunjukkan bagaimana pimpinan UMNO begitu tertekan dalam keadaan cukup teruk untuk menghadapi gerakan yang sedang diketuai Tun dalam PH… baguslah tu,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.