MUHYIDDIN, JANGAN IKUT PERANGAI ANJING – MARZUK

 

PAS hari ini ‘sekolahkan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu kononnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam satu ceramah di Bachok, Kelantan.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, berkata tuduhan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu adalah satu fitnah dan beliau perlu memohon maaf serta bertaubat.

Sebaliknya, Muhyiddin menyokong cukai itu sewaktu bersama-sama Barisan Nasional (BN) sebelum menukar pendiriannya selepas menyertai parti pembangkang.

“Saya minta Pagoh teliti semula, tak baik YB cakap begitu, padahal YB waktu GST dilaksana pada 1 april 2015 YB masih lagi dalam kerajaan, kemudian 11 April kita buat himpunan di Padang Merbok dihadiri Presiden PAS, itu tolak GST?

“Sewaktu YB dalam kerajaan tak sebut pun bantah GST bahkan menyokong tiba-tiba kata kita sokong?

“Jangan begitu. Jangan jadi seperti anjing, anjing ni kalau dia cukup umur dia kencing angkat kaki sebelah waktu dia berak merata tapi bila nak kencing dia angkat kaki sebelah nak tunjuk dia sopan,” katanya ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang menyokong undang-undang mengekang berita palsu di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Selain perlu menarik kembali tomahan tersebut, Muhyiddin turut didesak membuat permohonan maaf secara terbuka di Bachok dalam ceramah di hadapan pengundi kawasan itu.

“Pertama bertaubat menyesal minta maaf bukan sekadar maaf sahaja bahkan kena perbetul semula kesilapan hasil daripada ucapan tersebut dia kena ceramah semula di Bachok beritahu “saya minta maaf”,” ujarnya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.