MUKHRIZ KEMBALI TERAJUI KEDAH

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, di Alor Setar, petang Jumaat.

Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengangkat sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum menandatangani watikah pelantikan.

Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pelantikan Mukhriz itu sekali gus menutup spekulasi mengenai calon Menteri Besar Kedah, selain status PH yang diuar-uar berisiko dicabar sekiranya PAS dan BN bergabung di negeri ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH yang menggunakan logo PKR memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala PAS (15) dan BN (tiga).

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.