NAIB PRESIDEN WARISAN HADIR KE SPRM

 

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony dilaporkan hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta.

Peter, 47, adalah antara dua individu yang dikehendaki SPRM berhubung siasatan kes pembelian tanah di daerah Tongod.

Datuk Peter Anthony (tengah) ketika tiba di pejabat SPRM Sabah.

Beliau tiba pada jam 10.25 pagi  tadi dengan diiringi peguam, Martin Tommy serta Setiausaha Agung WARISAN, Loretto Padua Jr.

SPRM sebelum ini mengeluarkan kenyataaan bagi mengesan dua individu iaitu Peter dan Michael Persius Ubu, 61.

Sebelum ini, Peter adalah antara 13 individu yang disiasat suruhanjaya itu berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.