NAJIB DAPAT PLAT KHAS ‘T1M 11’

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan plat kenderaan ‘T1M’ yang membawa maksud Transformasi 1Malaysia.

Majlis berkenaan diadakan di Litar Lumba Kereta Indrapura, Pekan dengan disaksikan Pengerusi Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, Helmi Yusof.

Pada majlis itu Najib turut menerima hadiah nombor plat khas T1M 11 kepada sebagai tanda penghargaan kepada beliau selaku Bapa Transformasi Negara.

Bidaan nombor plat khas itu, telah diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan dibuka bermula esok sehingga 20 Disember 2017 dengan harga permulaan rm 2,500.

Sementara itu, Najib turut menyampaikan sumbangan RM1.9 juta bagi melaksanakan kerja menyelenggara dan memperbaiki kemudahan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) di Pekan.

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan menyampaikan sumbangan itu kepada Pengetua Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Adnan A Aziz ketika melakukan tinjauan mesra di sekolah terbabit sebentar tadi.

Najib tiba di sekolah itu kira-kira jam 9.50 pagi dan beramah mesra dengan guru, murid dan masyarakat setempat.

Perdana Menteri juga sempat meninjau keadaan sekolah yang berusia 28 tahun itu dan sempat bersarapan bersama orang ramai di kantin sebelum ke majlis lain di Pekan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.