NAJIB : UMNO PARTI PALING BERANI, DEMOKRATIK

 

Datuk Seri Najib Razak secara terbuka hari ini menegaskan UMNO sebagai parti paling berani dan demokratik di negara ini berbanding pembangkang, khususnya DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Najib berkata, sejak beliau mengambil alih teraju Presiden UMNO bermula 26 Mac 2009, telah melakukan transformasi politik paling berani dan paling demokratik dalam sejarah parti itu,

Najib berkata, tujuh pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun 2009, bagi membuka ruang pemilihan teraju parti dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150 ribu ahli bagi mempastikan UMNO terus dinamik, inklusif, dan relevan.

“Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai oleh penasihat dan dinasti anak beranak. Jadinya, dimana ‘demokrasi’ yang dimomok-momokkan?

“Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus sahaja yang hadir. Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau istilah dulu-dulu, Kembang Sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas Negarawan,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan UMNO 2017 (PAU2017), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Khamis.

Mengulas mengenai PPBM, Najib berkata parti itu tidak mampu untuk menguruskan negara kerana dengan jelas gagal menguruskan hal ehwal dalamannya.

Najib turut mengingatkan kepemimpinan PPBM supaya tidak menyalahkan kerajaan jika kemelut parti itu gagal diselesaikan sehingga menjelang PRU-14.

“Selain itu, parti Bunga Raya ini, bukan nak mengata, maaf cakaplah,… kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya. Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ oleh DAP yang terang-terang anti- Melayu dan Islam.

“Perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.