NAJIB USIK AZMIN DI TWITTER

 

“Senyum ada makna tu,” tulis Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Twitternya dengan memuat naik gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali diapit beberapa Menteri Besar yang lain.

Gambar itu dirakam ketika Perdana Menteri hadir pada Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara, pada Rabu.

Gambar berkenaan, kelihatan Azmin diapit beberapa Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) antaranya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Malah majlis turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Azmin hadir menemani Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang diadakan di Istana Negara.

Mesyuarat dihadiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.