NAJIB ZIARAH PUSARA TUN RAZAK

 

Disebalik dugaan yang menimpa selepas kekalahan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan yang bakal berakhir dengan menziarahi pusara Ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein di Makam Pahlawan di Masjid Negara, pada Selasa.

Mantan Perdana Menteri mengambil kesempatan itu sambil ditemani beberapa ahli keluarganya yang lain.

“Ziarah pusara Ayahanda Tun Razak hari ini. Bagi mereka yang dah kehilangan ahli keluarga tercinta, tentu kerinduan itu lebih dirasai menjelang Aidilfitri. Sama-sama kita terus doakan kesejahteraan ke atas roh mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya.

Dalam masa yang sama beliau turut meluangkan masa menziarahi makam Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Allahyarham Jamaluddin merupakan antara sahabat karibnya serta teman seperjuangan dalam parti politik maut dalam nahas tragedi helikopter pada 2015 di Semenyih berikutan angin kencang.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.