NEELOFA MAHU BUKA PUSAT AL-QURAN

 

Pengacara dan usahawan terkemuka, Neelofa menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah pusat al-Quran sudah lama diimpikan.

Neelofa, 28, dia sememangnya mahu membuka pusat al-Quran namun bukan dalam masa terdekat.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian tersebut. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” katanya selepas menghadiri pentas akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017, di Ibu Pejabat Utusan Malaysia pada Jumaat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.