NOOR RASHID BERSARA WAJIB LAGI DUA MINGGU

 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, mengesahkan akan bersara wajib dalam tempoh dua minggu.

“Saya bersara secara rasmi dalam dua minggu lagi. Saya sudah memberi khidmat terbaik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berasa dapat melaksanakannya dengan baik.

“Sudah tiba masa saya berehat,” katanya pada sidang media Majlis Penutup Bengkel Latihan dan Penyiasatan Insiden Bio, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Turut hadir, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Dr Mohmad Asri Abd Ghani.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.