NUTP TUNTUT PENJELASAN TATACARA HUKUM PELAJAR

 

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menuntut penjelasan yang terperinci daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai kaedah hukuman terhadap pelajar dalam pindaan garis panduan yang bakal diumum kelak.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, hukuman sedia ada tidak jelas dan kabur sehingga menyukarkan guru melaksanakan tanggungjawabnya.

“Apabila garis panduan jelas, mudahlah untuk ibu bapa dan guru memahaminya,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, garis panduan baharu hukuman ke atas pelajar kini dalam peringkat akhir kajian dan akan diumumkan secepat mungkin berikutan hukuman sedia ada disifatkan tidak relevan dengan masa sekarang.

“Kita menuju ke arah negara maju, jadi biarlah hukuman itu bersesuaian,” katanya.

Tegasnya, kenakalan pelajar sekarang tidak sama dengan dahulu dan pihaknya bimbang mereka mempermainkan undang-undang.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.