PADAH SUKA ‘LIVE’ DI FACEBOOK

 

Padah suka menunjuk kemewahan di media sosial mengakibatkan seorang usahawan kosmetik parah ditembak oleh penyamun.

Mangsa, Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka telah menjadi mangsa samun dan tembak di Rantau Panjang, Kelantan.

Sifu Cempaka merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan seorang peniaga atas talian yang aktif di laman sosial.

Menurut laporan BH Online, dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, sekumpulan perompak melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 dan wang tunai RM8,000.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata anggotanya terpaksa memecahkan pintu jeriji yang dipercayai dikunci oleh suspek.

“Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta berwarna putih.

“Mangsa ditembak di betis dan kami turut menemui peluru sepanjang 9 mm di tempat kejadian. Kami percaya mangsa ditembak selepas diugut oleh penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, pada Sabtu.

Abdullah berkata, mangsa menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual kosmetik, barang kemas dan pakaian, selain aktif membuat ‘live’ di laman sosial, Facebook.

“Gerakan memburu suspek giat dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan semua mereka sudah melarikan diri ke negara jiran,” katanya yang kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.