PAK NIL GANTI NAJIP ALI

 

Persoalan siapa yag akan menggantikan kerusi kosong yang ditinggalkan Najip Ali selaku juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) akhirnya terjawab apabila pengacara No.1 negara, Datuk Aznil Nawawi dipilih bagi menggalas tugas berkenaan.

Berdasarkan sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Astro, Aznil atau Pak Nil akan memulakan tugasnya bermula malam ini, Jumaat.

“Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini,” menurut kenyataan yang disiarkan pada Jumaat.

Namun, wakil Astro tidak memberikan komen lanjut mengenai pemilihan itu, sebaliknya pihak syarikat penyiaran itu akan mengadakan sebuah sidang media.

Tempat Najip,50, digantikan serta-merta oleh kerana keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura berjudul Ok Chope pada 29 Mac lalu.

Dalam rancangan yang disiarkan di Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura itu, peserta telah diarahkan untuk melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu ‘Najib slams______for threatening Malaysia’s progress.’

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Bekas pengacara Asia Bagus itu kemudian menyambung ayat itu dengan kata-kata yang menghina dan merendah-rendahkan pemimpin negara.

 

Sumber Mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published.