PAN TANDING 30 KERUSI DI KELANTAN

 

Dalam usaha menawan Kelantan dari tangan PAS, kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan untuk bertanding sebanyak 30 kerusi DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusinya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sambil menambah kesemua kerusi DUN yang mahu ditandinginya merupakan kerusi yang dimenangi PAS.

Beliau juga berkata 12 kerusi yang dimenangi UMNO bakal disaingi parti serpihannya iaitu PPBM.

“PKR akan bertanding berdasarkan kepada status qou yang diperuntukan mereka iaitu tiga parlimen dan empat DUN.

“Bagaimanapun, kita masih lagi belum memuktamadkan lagi pembahagian semua kerusi ini,” katanya di Kota Bharu, pada Sabtu.

Selepas Mei 2013, PAS menguasai 31 kerusi DUN, Barisan Nasional dengan 12 kerusi, manakala PAN dan PKR masing-masing satu kerusi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.