PANDIKAR BERTEMU PRESIDEN FILIPINA

 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacañang, kediaman rasmi presiden Filipina pada selasa lalu.

Dalam pertemuan itu Pandikar tidak bersendirian tetapi ditemani isterinya Puan Seri Diana Diego dan turut disertai oleh para pegawai dari Kedutaan Malaysia ke Filipina yang diketuai oleh Duta Malaysia ke Filipina Dato Raszlan Abdul Rashid.

Dalam perjumpaan itu, Presiden Duterte turut disertai oleh Setiausaha Luar Negeri, Alan Peter Cayetano, Setiausaha Pertahanan Nasional, Delfin Lorenzana, Penasihat Keselamatan Negara, Hermogenes Esperon, Jr., Penasihat Presiden Pekerja Luar Negara dan Setiausaha Keprihatinan Muslim Abdullah Mama dan Manuel AJ Teehankee dari Hubungan Ekonomi Antarabangsa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.