PARAH DIPIJAK GAJAH LIAR

 

Gara-gara cuba mendekati gajah liar. Seorang lelaki India hampir maut kerana dipijak seekor gajah liar di Kilometer 19 Lebuh Raya Timur Barat Gerik.

Mangsa M. Paramanazan, 69, dari Sungai Siput pemandu lori cedera parah akibat dipijak seekor gajah liar hingga menyebabkan patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka di tangan kanan dan cedera dileher.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang Khamis ketika mangsa dan anaknya yang berusia 40-an menaiki lori dari Jeli ke Gerik.

Menurut anak mangsa, bapanya menghentikan kenderaan apabila ternampak gajah berdekatan tugu peringatan pembinaan Jalan Raya Timur Barat.

“Sebaik sahaja turun dari lori dan cuba mendekati gajah tersebut, haiwan liar itu mengejar dan memijak mangsa.

“Anak mangsa yang berada di atas lori terselamat. Anak mangsa membawa bapanya Hospital Gerik dan dimaklumkan mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.