PAS, HADI PENIPU – TUN M

 

Selepas gagal menyakinkan PAS untuk bersama Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menuduh golongan ulama PAS hanya menggunakan Islam untuk kepentingan politik.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Penasihat PH itu mendakwa PAS hanya menggunakan Islam untuk menjadi wakil rakyat.

Menurut bekas perdana menteri itu, ia dibuktikan apabila ulama parti itu yang sebelum ini berada dalam UMNO keluar parti dan kemudian mewujudkan sebuah parti baharu untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Dalam al-Quran tak dibenar tetapi itu yang dilakukan oleh PAS..tapi dia sekarang (PAS) ini bekerjasama dengan UMNO yang dikafirkan dahulu,” katanya secara langsung melalui rakaman Facebook bersama Tun Dr Mahathir, pada Jumaat.

Selain menyerang PAS sebagai ‘jual agama’ Bekas perdana itu juga turut menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat cenderung kepada UMNO.

Katanya Abdul Hadi seolah-olah berdolak-dalih dalam membuat keputusan terhadap hubungan kerjasama dengan parti pimpinannya kerana mengadakan hubungan politik dengan DAP.

“Eh..dulu saya tengok Hadi boleh peluk-peluk dengan Kit Siang. Dia kata pada masa tu tahaluf siyasi..tahaluf siyasi ni dalam bahasa arab tapi maknanya “political cooperation” (kerjasama politik) kalau bunyikan dalam bahasa Melayu tak nampak Islam sangat.

“Saya baca kaji selidik tahaluf siyasi ni…takde satu pun sedutan daripada Al-Quran yang sesuai dengan pendapat mereka. Mereka sebenarnya mencari kemenangan melalui political cooperation…itu saja..janganlah tipu orang,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.