PAS KAFIR CAMPUR BUKAN ISLAM – MAHATHIR

 

Kesudian PAS mendengar pandangan bukan Islam dalam menyediakan manifestonya pilihan raya disindir oleh  Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya parti itu bukan Islam lagi.

“PAS kalau bercampur dengan bukan Islam dia jadi kafir, tak akan dia boleh?

“Dia tak boleh (campur), orang yang pegang pada prinsip kalau campur dengan kafir dia akan jadi kafir.

“Sebelum ni sebab dia campur dengan DAP, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” kata bekas Perdana Menteri itu dengan sinis ketika diminta mengulas manifesto pilihan raya PAS bakal mesra bukan Islam.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden di Bangunan Parlimen, pada Selasa.

Manifesto PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dibentangkan Ahad ini di sebuah hotel di Cyberjaya, Selangor.

 

Oleh Najamuddin Mohd Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published.