PAS LAYAK DIGELAR PIGS ATAU ‘BABI’ – PAN

 

PAS tidak perlu berkecil hati sekiranya gabungan parti itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang membentuk Gagasan Sejahtera digelar sebagai PIGS ataupun ‘babi’.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (PAN), Zolkharnain Abidin, berkata kerana gabungan PIGS yang ditubuhkan PAS pada 16 Mac 2016 itu sememangnya wujud.

“Jadi, orang PAS tak perlulah kecil hati sangat apabila disebut PIGS untuk merujuk kepada PAS – Ikatan – Gagasan Sejahtera. Lagipun gabungan PIGS memang wujud pun.

“Kalau kalimat itu bermaksud babi-babi sekali pun, binatang itu juga makhluk Tuhan. Ia cuma haram dimakan, tapi tak haram disebut dan dipegang,” tulis beliau Facebooknya pada Isnin.

Untuk rekod, selain IKATAN, gabungan yang dikenali sebagai PIGS oleh PAN turut dianggotai parti kecil lain seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).

Katanya, pemimpin PAS diikuti pengikutnya juga tidak menggunakan panggilan ‘Amanah’ sebaik parti itu ditubuhkan pada 16 September 2015.

Sebelum ini Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu program di Bachok menggelarkan gabungan yang dibentuk PAS itu sebagai PIGS.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.