PAS LEBIH RASIONAL – KU NAN

 

Setiausaha Agung UMNO Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap wakil rakyat PAS lebih rasional berbanding ahli parlimen DAP, PKR, PAN dan PPBM yang disifatkan macam ‘cacing kepanasan’ bila mendengar pengumuman yang menguntungkan rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka tahu arahan, sekali gus menunjukkan mereka rasional dan tahu apa yang dilakukan parti memerintah untuk memberi penerangan supaya dapat dimaklumkan kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata sebelum ini pembangkang mencanang kononnya Malaysia akan menjadi negara gagal.

kunanlepas-transformed_0

Tengku Adnan berkata, Bajet 2017 diluar jangkaan pembangkang kerana memanfaatkan semua golongan termasuk rakyat di negara ini.

Malah katanya, Orang Kelainan Upaya (OKU), wanita dan anak muda, menikmati faedah daripada bajet diumumkan Perdana Menteri.

“Mereka uar-uarkan Malaysia akan jadi negara gagal tetapi apa yang dibentangkan semalam menunjukkan kita berada di landasan betul mengikut kemahuan rakyat,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Negara, Pelancaran Tong Kitar Semula dan Program Joran BH Bersama Komuniti Putrajaya di PUTRAJAYA, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen daripada pakatan merangkumi parti PKR, DAP, PAN dan PPBM keluar dewan ketika Najib yang juga Menteri Kewangan, masih membentangkan Bajet 2017.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.