PAS SEDIA TANDING SEMUA KERUSI DI KEDAH

 

PAS Kedah mengumumkan akan bertanding semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi (foto) berkata keputusan itu dibuat memandangkan senario politik kini yang berbeza kesan pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur serta tindakan PKR yang membelakangkan tahaluf siyasi ketika bersama parti Islam itu.

“Selain itu, ia juga berasaskan kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkenaan dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS di Alor Setar, pada Sabtu.

Pada PRU-13, PAS bertanding bagi 24 kerusi DUN serta lapan kerusi parlimen, dan menang sembilan daripada kerusi DUN serta satu kerusi parlimen.

Sebelum itu, PAS pernah mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah selama sepenggal sebelum tewas pada Mei 2013.

Ahmad Fakhruddin bagaimanapun menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti bagi membuat keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.