PAS SUDAH ADA CALON MB SELANGOR

 

PAS Selangor dilaporkan sudah mengenal pasti calon Menteri Besar negeri jika menawan negeri itu dalam PRU14.

Pada masa sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya yakin akan dapat menguasai kerusi DUN.

“Kami yakin prestasi kami baik di Selangor pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan juga sudah ada senarai calon untuk jawatan menteri besar Selangor,” katanya yang dipetik dalam Utusan Malaysia.

Katanya, calon PAS akan bertanding di 42 kerusi DUN, selain 20 kerusi Parlimen di negeri itu.

PAS Selangor tidak mempunyai kerjasama politik dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH), namun masih kekal dalam kerajaan negeri.

Yunus yang juga EXCO negeri juga berpendapat PH kini masih belum belajar daripada kesilapan “Langkah Kajang” sebelum ini kerana mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri mereka.

Menurut ADUN Sijangkang, tindakan itu hanya akan mengundang konflik dan mengheret rakyat dan institusi raja ke dalam kancah politik.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.