PASANGAN DAP : AKHIRNYA ZAIRIL – DYANA BERTUNANG

 

Sebelum ini tersebar di media sosial gambar serta video ‘panas’ membabitkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan AJK Dapsy Kebangsaan, Dyana Sofya, namun dinafikan pasangan kontroversi itu.

Namun, segala persoalan terjawab hari ini apabila mereka bertunang dalam satu majlis yang diadakan di Ipoh pada Sabtu.

Pertunangan pasangan itu bagaikan mengiyakan tentang video kontroversi membabitkan lelaki dan perempuan mirip Zairil dan Dyana bercumbuan di sebuah kelab malam.

Zairil yang lengkap berbaju melayu berwarna  peach dan bersongkok sempat bertemu dengan media sebaik selesai majlis berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Dalam sidang media singkat itu, Zairil gembira dan bersyukur kerana majlis yang diadakan secara tertutup itu  berjalan lancar.

“Saya amat gembira kerana berjumpa Dyana Sofya, yang saya tahu akan menjadi pasangan serasi dan menyokong saya.

“Lebih penting, Dyana Sofya disayangi semua ahli keluarga saya terutama dua anak saya,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu juga mengesahkan perkahwinannya sebelum ini telah berakhir tahun lalu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.