PASAR 10 SEN AHAD INI

 

Penduduk Pengsapuri Kos Rendah Taman Puchong Permai dengan usahasama Persatuan Kepolisan (CP) Malaysia akan mengadakan program Pasar 10 sen, Ahad ini.

Program itu akan bermula jam 7.30 pagi yang menawarkan pelbagai barangan terpakai dengan harga 10 sen.

Presiden CP, Kuan Chee Heng berkata, sebanyak 400 nasi lemak, kuih-muih dan aiskrim turut diberikan kepada pengunjung yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

“Pasar 10 sen khusus untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan diperlukan mereka termasuk pakaian, kasut dan barangan elektrik.

“Kita juga mengalu-alukan sekiranya ada individu ingin menyumbang barangan milik mereka yang masih elok dan boleh digunakan untuk program itu,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.