PASTIKAN BAJET 2018 CAPAI SASARAN – NAJIB

 

Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa syukur kerana Bajet 2018 berjaya diluluskan peringkat dasar di Parlimen, pada Isnin.

Oleh itu Perdana Menteri mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.

“Alhamdulillah, Rang Undang-undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 diluluskan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah bahagian yang menyaksikan 107 ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu berbanding 59 yang menolak dan 11 lagi mengambil pendirian berkecuali.

Rang undang-undang yang memperuntukkan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dibentangkan Najib, yang juga Menteri Kewangan pada 27 Oktober lepas, dibahaskan selama enam hari sejak 30 Oktober.

Ia kemudiannya digulung di peringkat kementerian selama tiga hari bermula 8 November, sebelum diluluskan di peringkat dasar semalam dan dijadual dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula hari ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.