PASUKAN KHAS BENTUK MANIFESTO BN KELANTAN

 

Satu jawatankuasa khas bagi menyediakan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus bagi negeri Kelantan dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata manifesto itu merangkumi komitmen BN untuk memajukan Kelantan.

Beliau berkata tumpuan kepada keperluan rakyat serta kemampuan kewangan kerajaan persekutuan menjadi pertimbangan BN Kelantan.

“Walaupun pihak kami kalah pada PRU-13, tetapi kami mampu melaksanakan berberapa perkara (pembangunan) untuk rakyat di Kelantan terutamanya berkaitan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tidak termasuk dalam manifesto PRU13,” katanya kepada media.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melancarkan Jelajah Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Dataran Bukit Bunga pada malam Rabu.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mendapatkan pandangan masing-masing untuk diteliti dan kemudian dimasukkan ke dalam manifesto tersebut.

Mustapa berkata tumpuan akan diberikan kepada soal pembangunan tanah, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan pemeliharaan alam sekitar di Kelantan.

“(Manisfesto) berkemungkinan dimuktamadkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.