PAU 2016 : FRU UCAP TERIMA KASIH

Pihak polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berterima kasih atas kerjasama orang ramai serta perwakilan yang terlibat dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 70 2016 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 November dan tamat pada 3 Disember 2016.

Inspektor R. Ganesan dari FRU Kuala Lumpur berkata tiada sebarang masalah berlaku sepanjang tugasan anggota mereka malah setiap anggota sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

dsc_0303

“Kami pihak polis sentiasa berwaspada untuk menjamin keselamatan sehingga perhimpunan selesai,”jelasnya.

Pasukan bertugas ini menggunakan kekuatan anggota seramai 70 orang dan dibahagi kepada dua waktu bekerja.

Terdapat empat buah mesin pengimbas dan tujuh mesin pengesin logam yang terletak pada beberapa check point laluan masuk ke Dewan Merdeka dan beberapa laluan penting yang lain.

dsc_0318

“Setakat ini tiada sebarang masalah yang timbul semua VIP dan perwakilan telah mmberi kerjasama kepada pihak kami dari semua sudut termasuk dari pemeriksaan beg (dan) pemeriksaan diri,” katanya.

Anggota yang terlibat akan memastikan tiada barangan larangan yang dibawa seperti senjata api melepasi ke dewan perhimpunan.

dsc_0320

Menurut R. Ganesan, pihaknya menerima kerjasama yang amat baik dari semua pihak ketika menjalankan tugas mereka.

“Saya wakil daripada pihak FRU dan pegawai-pegawai FRU  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan dan menjalankan tugas dengan jayanya,” katanya lagi.

 

Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.