PEJABAT IPF DIPECAH: MAKLUMAT PENGUNDI HILANG

 

Pejabat Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, Kapar, dipecah masuk dalam kejadian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kejadian disedari ketika petugas IPF memasuki pejabat tersebut pada jam 8.30 malam.

Katanya, beberapa dokumen mengandungi maklumat mengenai pengundi Parlimen Kapar turut hilang, manakala gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut dirosakkan dengan kesan pangkah menggunakan cat merah.

“Selain maklumat pengundi, komputer serta tiga kerusi roda turut dicuri. Pintu masuk pejabat IPF dipecahkan dan perkakas pejabat berada dalam keadaan berselerak,” katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Mazelan berkata, polis masih berusaha mengesan suspek dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk premis.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.