PELAJAR KOLEJ DITANGKAP BUANG BAYI

 

Seorang pelajar perempuan sebuah kolej ditahan kerana membuang bayinya yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di Apartmen Samajaya, Jalan Usahajaya, Samajaya, KUCHING dekat sini.

Bayi perempuan yang sudah mati itu ditemukan seorang pencuci bangunan di apartmen tersebut di dalam sebuah kotak kira-kira 10 pagi , Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata hasil maklumat, pelajar berumur 24 tahun itu yang merupakan pelajar di sebuah kolej berhampiran kemudiannya ditahan di apartmen tersebut.

Beliau berkata bayi tersebut dilahirkan pada pukul 6.30 pagi tadi di bilik mandi.

Kes tersebut disiasat kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

 

Sumber Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.