PEMBANGKANG TERUS SABOTAJ EKONOMI NEGARA

 

Pembangkang didakwa menggunakan media yang dikawal mereka dengan meneruskan kempen mensabotaj ekonomi negara melalui menyebarkan pembohongan menggunakan laporan mutakhir Bank Dunia mengenai Asia Timur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan pakatan pembangkang menyebarkan pembohongan itu bertujuan kelangsungan politik semata-mata.

Menurutnya mereka perlu berasa malu kerana tindakan itu memalukan negara dan rakyat Malaysia dengan berita yang tidak seiring dengan apa yang diperakui institusi global itu mengenai Malaysia.

“Mereka mengetahui kerajaan ini mempunyai pelan ekonomi dan perancangan itu dan akan terus dilaksanakan demi manfaat rakyat Malaysia,” kata Ahli parlimen Kota Belud itu dalam satu ruangan pendapat yang disiarkan dalam Malay Mail Online, pada Rabu.

Pada masa sama, Rahman menegaskan bahawa laporan yang tersebar itu tidak memaparkan pencapaian sebenar Kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kesimpulan sesiapa saja boleh membacanya di laman web rasmi Bank Dunia yang menyebut bahawa Ekonomi Malaysia berkembang untuk menjadi lebih kukuh dalam laporan Jun 2017.

“Oleh itu, semua rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan rekod pencapaian ekonomi negara pada masa kini,” katanya lagi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.