PEMBANGKANG UMPAMA TUPAI MUSIM BUAH- ZAHID

Tolak pembangkang bagi mengelak kebinasaan pada negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pembangkang lebih banyak membawa kemudaratan berbanding kebaikan dan ia terbukti apabila
tiada pembangunan dapat dilaksanakan kerana sikap negatif pembangkang.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, keadaan itu berbeza dengan pembangkang luar negara yang lebih membina terutama dalam pembangunan negara mereka.

“Pembangkang negara ini mengamalkan prinsip membangkang semua usaha kerajaan walaupun memanfaatkan rakyat.

“Memang pembangkang penting tapi perlu yang konstruktif, bukan dekstruktif atau membinasakan sehingga semua projek kerajaan untuk rakyat kita dibangkang habis-habisan.

“Budaya kebencian yang disebar dan ditanam pembangkang dan mereka yang kecewa menyusup masuk termasuk di Johor.

“Itu berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13 lalu tetapi kali ini kita harus menolak mereka pada PRU14. Jika ada kerusi yang kurang, kita tambah majoriti dan jika kerusi kalah, kita mesti rampas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan projek pembinaan semula jalan Persekutuan Yong Peng-Segamat, Taman Tenang Jaya, di Tenang Stesen, pada Ahad.

Sementara itu, Ahamad Zahid meminta rakyat supaya memilih wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 nanti yang lebih ikhlas memperjuangkan nasib rakyat.

“Kami bukan pemimpin bermusim seperti keluang dan tupai yang hanya datang pada musim buah.

“Perkhidmatan kami sepanjang musim, bukan hanya ketika menjelang PRU,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.