PEMBEBASAN ANWAR DITUNDA

 

Pembebasan tahanan politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dilakukan pada Selasa ditangguhkan ke satu tarikh yang belum dapat dikenalpasti.

Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Perdana Menteri yang menerima makluman bahawa Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat pada Rabu.

“KEADILAN telah menerima makluman terkini daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat pada Rabu, 16 Mei.

“Oleh itu, sebarang program berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda sehingga makluman lanjut dibuat. Sebarang kesulitan adalah dikesali,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata baginda Sultan Muhammad V telah menyatakan kesediaan untuk memberi pengampunan kepada ketua de facto KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam kadar segera.

Walaubagaimanapun, Mahathir berkata dokumen perlu disiapkan untuk proses tersebut berlaku mengikut jalur perundangan yang telah ditetapkan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.