PEMIMPIN TERTINGGI PAN DITAHAN POLIS

 

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman ditahan oleh polis pada awal pagi ini.

Mazlan yang juga pemimpin tertinggi PAN memaklumkan beliau ditahan dirumahnya jam 1.35 malam Khamis dan dibawa ke IPD Kulai.

Beliau dipercayai ditahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA).

Pada hari Isnin, laporan polis dibuat terhadap video YouTube di mana Mazlan didakwa menuduh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.

Peguam Rosmah, Noor Hajran Mohd Noor, yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, berkata dakwaan sedemikian menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Rosmah di kalangan warga maya.

Beliau juga berkata ia telah merosakkan reputasi dan integriti anak guamnya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.