PEMUDA UMNO KELANTAN SEDIA HADAPI DAP

 

Pemuda UMNO perlu bersedia menghadapi sepak terjang DAP yang mula mengintai kedudukan di Kelantan.

Ketua pergerakan UMNO Kubang Kerian, Shahrul Fadhel Mohd Aziz berkata Pemuda tidak boleh memperkecilkan kejayaan DAP menambah cawangan baharu di negeri itu berdasarkan strategi liciknya yang terbukti berjaya menumpangkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang memerintah selama 61 tahun.

“Anak muda UMNO perlu bersedia dengan keadaan ini. DAP sangat licik dalam membawa agenda politik mereka.

“Untuk itu, Pemuda UMNO tidak boleh melihat pengaruh DAP yang semakin berkembang di Kelantan sebagai satu riak-riak kecil.

“Kejayaan gerakan ala-ala subversif yang mereka lakukan sebelum ini berjaya menumbangkan BN yang sudah 61 memegang tampuk Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Terdahulu, DAP Kelantan mengumumkan penubuhan tujuh cawangan baru di negeri tersebut yang menjadikan sebanyak 10 cawangan secara keseluruhan.

Cawangan baharu itu termasuk di Pengkalan Chepa, Suara Muda, Kampung Balai (Bachok), Kampung Lemal (Pasir Mas), Tumpat, Kuala Krai dan Machang.

Mengulas lanjut, Shahrul berkata untuk berhadapan dengan pengaruh DAP, Pemuda perlu mengorak langkah baharu dengan membuang segala anasir-anasir negatif yang membelenggu mereka selama ini.

“Pemuda UMNO akan terus menerobos kelaziman UMNO untuk dibuktikan kepada pengundi bahawa UMNO adalah pembela rakyat.

“Kepada PAS, jangan terlalu angkuh dengan kekuasaan 28 tahun di Kelantan dan kepada DAP, “ we never surrender”,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.