PENDAPATAN RM10,000 PUN MINTA BR1M!

 

Apa yang boleh kita katakan pada orang yang sanggup mengaku pendapatan bulanannya RM4,000 sedangkan dia dapat lebih dari itu semata-mata untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

TEBUAN benar-benar terkejut bila Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberitahu sidang media di bangunan Parlimen, ada pemohon BR1M yang berpendapatan RM12,000 sebulan.

Inilah yang dikatakan orang yang tak patut dapat BR1M tapi dapat dan orang yang patut dapat BR1M tak dapat. TEBUAN mintalah Kementerian Kewangan bersungguh-sungguh menangani perkara ini dan kalau boleh yang dok membebel maki hamun, kutuk, sindir perli segala macam di media sosial tetapi tadah tangan minta BR1M pun tak usah bagi kerana jenis macam tu memang tak tahu bersyukur.

Kata menteri yang nama manjanya Datuk Jo, statistik menunjukkan seramai 600,000 pemohon BR1M yang ditolak permohonan mereka kerana gaji melebihi RM4,000…aduhaiii ramainya yang nak tipu kerajaan.

TEBUAN yang hadir di sidang media itu dengar sendiri Datuk Jo bacakan senarai, “gaji lebih RM5,000 ada 260,000 pemohon, gaji RM6,000 hingga RM8,000 ada lebih 40,000 pemohon, gaji RM8,000 hingga RM10,000 ada bebelas ribu pemohon dan ada yang berpendapatan lebih RM10,000 pun memohon BR1M.

Rupa-rupanya bukan rakyat biasa sahaja nak duit bantuan kerajaan dan bukannya berpuluh atau beratus orang tetapi berbelas ribu hingga ratusan ribu orang yang sanggup ‘berbohong’ kerana BR1M.

Bagaimana pun tabik pada kerajaan kerana ambil sikap ‘percaya’ pada ‘kejujuran’ rakyat yang memohon BR1M tetapi TEBUAN berpegang pada pepatah Melayu ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’.

 

TEBUAN : Rasa nak tengok muka orang yang mohon BR1M berpendapatan lebih RM10,000…tentu dia buat muka seposen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.