PENGERUSI BAHARU MARA AKAN DIUMUM BULAN DEPAN

 

Pengerusi MARA baharu yang bakal menggantikan Tan Sri Annuar Musa akan diumumkan selewat-lewatnya awal bulan depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai nama individu yang berpotensi memegang jawatan itu bakal diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

“Setakat ini kita belum tahu siapa yang akan dilantik. Saya perlu bincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, pada Jumaat.

Tambah Ismail Sabri, beberapa nama berpotensi sudah disenaraikan.

“Saya tidak akan hantar satu nama, sebaliknya beberapa nama untuk dipertimbangkan. Perdana Menteri yang akan membuat keputusan siapa layak,” kata Ahli Parlimen Bera itu.

Pada 5 Ogos, Annuar mengumumkan tidak akan menyambung kontrak sebagai Pengerusi MARA yang tamat hari ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.