PENYELESAIAN PENSTRUKTURAN AIR DIUTAMAKAN – AZMIN

 

Kerajaan Selangor yakin akan dapat memuktamadkan penstrukturan industri air di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkara itu antara perkara utama yang perlu diselesaikan secepat mungkin dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sekarang ini Putrajaya pun telah berubah kepada pentadbiran baru. Jadi, saya yakin persetujuan untuk muktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor akan selesai tidak lama lagi,” katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam, pada Rabu.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan negeri tidak serius dalam usaha mengambil alih syarikat konsesi Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) walaupun sepatutnya sudah berbuat demikian.

Abdul Khalid berkata, sebaliknya Mohamed Azmin Ali lebih memberi tumpuan kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7 bilion kepada syarikat berkenaan dan bukannya menyelesaikan isu air di negeri itu.

Katanya, tindakan itu adalah satu kecuaian jelas oleh kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.