PEPERIKSAAN SPM ULANGAN 25 JUN INI

 

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan pada tahun ini akan diadakan bermula 25 hingga 27 Jun tahun ini.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan semua calon supaya merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Sebarang info lanjut serta jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://www.lp.moe.gov.my.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.