PERHIMPUNAN SOKONG SULTAN SELANGOR

 

UMNO Selangor menyeru rakyat negeri itu tanpa mengira kaum untuk berkumpul bagi menyatakan solidariti dan sokongan padu terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu ‘Bugis pencuri’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata majlis solidariti itu akan diadakan di padang Kolej Islam, Klang, Ahad ini.

Perhimpunan berkenaan digerakkan Majlis Belia Selangor, sebagai tanda sokongan terhadap Sultan yang cukup murka dengan kenyataan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim dalam mempertahankan, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu ‘Bugis pencuri’.

“Bagi saya Sultan amat murka dengan kenyataan Zaid (Ibrahim) yang seolah-oleh mengugut Sultan.

“Jadi orang ramai diminta hadir pada majlis perhimpunan berkenaan yang dianjurkan Majlis Belia Selangor dengan NGO-NGO yang lain.

“Perhimpunan ini bagi menyatakan solidariti dan menjunjung duli kepada tuanku Sultan,” katanya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada Khamis.

Hari ini, media melaporkan Sultan Selangor cukup murka dengan Zaid dan meminta bekas Menteri Kabinet itu tidak mencari rezeki di Selangor.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.