PERJUANGAN UMNO BUKAN RETORIK

 

Semua rakyat khususnya di Sabah tidak perlu ragu-ragu untuk memberi mandat dan memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, BN/UMNO sentiasa memberi komitmen untuk membantu rakyat dan bukan sekadar retorik sejak penubuhannya 71 tahun lalu.

“Kami orang UMNO, pemimpin UMNO bukannya ‘Yang Berhormat’ tetapi kami ialah ‘Yang Berkhidmat’ untuk rakyat.

“Oleh itu, kita harus berbangga kerana berada di dalam sebuah parti yang berjiwa rakyat, membantu rakyat dan berhidmat untuk rakyat,” katanya ditemui dalam Majlis Perasmian UMNO Bantu Rakyat di Sandakan pada Selasa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.