PERSEMPADANAN : RAYUAN SELANGOR DITOLAK

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman kerajaan Selangor bagi mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun hakim Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan kerajaan negeri tersebut untuk menggantung kesemua inkuiri tempatan sehingga rayuan selesai diputuskan.

Mahkamah sebelum itu menolak empat alasan yang ditimbulkan oleh kerajaan negeri.

Hakim Azizul Azmi Adnan berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan perkara itu.

Tiada arahan berkaitan kos dibuat.

Pada 19 Oktober 2016, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di Selangor oleh SPR.

Beliau memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.