PESTA ARAK : NETIZEN KECAM MAHATHIR

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kecaman hebat netizen berhubung artikel beliau yang ‘mempertahankan’ pesta arak selain memperkecilkan kes kebakaran pusat tahfiz di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rata-rata netizen menolak pendirian pemimpin Pakatan Harapan (PH) mempertahankan pesta arak yang jelas bertentangan dengan kedudukan Islam di Malaysia.

Malah, ada netizen yang menyindir bekas Perdana Menteri itu yang pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam sewaktu menjadi Perdana Menteri namun, kini menyokong pesta arak.

Tinjauan Watan-Online di laman sosial Facebook Mahathir, majoriti mengecam pendirian Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Mahathir dalam tulisan terbaru di laman blognya berkata, beliau tidak kisah orang ramai memarahinya kerana tidak membantah pesta arak.

 

Wartawan Watan-Online

One Response to "PESTA ARAK : NETIZEN KECAM MAHATHIR"

  1. Pingback: Pesta Arak : Netizen Kecam Dr Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published.