PH SELANGOR SELESAI AGIH KERUSI DUN

 

Setelah hampir tiga bulan Pakatan Harapan (PH) melakukan rundingan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, akhirnya ia dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, enggan mendedahkan parti mana mendapat kerusi paling banyak, sebaliknya meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi dalam tempoh terdekat.

“Kita tunggu penamaan calon. Mungkin esok atau lusa kita semua akan tahu secara terperinci. Apa yang penting ialah pembahagian kerusi telah selesai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Shah Alam, pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata, pengagihan kerusi itu berjaya diselesaikan dua hari lalu.

“Kita bukan tengok parti mana paling banyak dapat kerusi. Yang perlu diambil kita ialah faktor yang memberi kemenangan kepada PH. Pengumuman rasmi calon serta kerusi yang akan mereka bertanding akan diadakan pada 25 atau 26 April ini,” katanya.

Rundingan agihan kerusi DUN Selangor yang dimulakan pada awal Febuari lalu terpaksa mengambil tempoh lama untuk diselesaikan selepas berlaku ketidakpuasan hati dalam parti sekutu PH dengan agihan kerusi yang didakwa berat sebelah.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.