PIALA DUNIA: BRAZIL ‘MENANGIS’ TUMBANG PADA BELGIUM

 

Dua jaringan awal berjaya menyelamatkan Belgium daripada menjadi mangsa kebangkitan juara lima kali Brazil dalam saingan suku akhir Piala Dunia yang menyaksikan pasukan Eropah itu mencatat kemenangan 2-1, sebentar tadi.

Kejayaan tersebut membolehkan Belgium menempah perhitungan dengan Perancis di separuh akhir akhir Rabu ini (pukul 2 pagi waktu Malaysia) bagi merebut laluan ke final.

Dalam saingan tersebut, jaringan sendiri daripada pemain tengah Brazil Fernandinho pada minit ke-13 selain gol cantik menerusi ‘arkitek’ Belgium, Kevin De Bruyne 18 minit berselang membolehkan skuad Red Devils mara ke separuh akhir buat kali kedua selepas 1986.

Ini merupakan kali ketiga Belgium menyingkirkan Brazil di suku akhir dalam empat edisi terakhir Piala Dunia.

Brazil mendominasi perlawanan di babak kedua dan memiliki beberapa peluang namun masih gagal menghasilkan gol sehingga pemain gantian Renato Augusto menanduk masuk hantaran lintang Philippe Coutinho pada minit ke-76.

Brazil cuba untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan pada sisa-sisa akhir tempoh perlawanan, namun tidak berupaya mengatasi pasukan Eropah itu.- REUTERS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.