PILIH NAJIB KERANA TUN RAZAK – MAHATHIR

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku terhutang budi dengan Tun Razak Hussein yang telah menyelamatkan karier politiknya dalam UMNO.

Beliau yang menerajui negara selama 22 tahun  berkata, Tun Razak yang menjemputnya untuk menganggotai UMNO semula selepas dibuang oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Saya akui, saya berhutang budi dengan Tun Razak yang telah membantu karier politik saya.

“Disebabkan itu, saya menyokong anak beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan Perdana Menteri bagi membalas budi Tun Razak,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang anjuran Pertubuhan Kebajikan Prihatin Suara Tanjung Piai, Kukup, Pontian petang pada Jumaat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.