PKR TIDAK MAHU LAJIM UKIN

 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali mengekalkan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sehingga hujung penggal Dewan Undangan Negeri (DUN)

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR dan DAP mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api merangkap Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew memegang jawatan itu.

“Saya memberi sokongan penuh terhadap enam ADUN Sabah yang membantah lantikan Lajim sebagai Ketua Pembangkang Sabah dan bertegas mahukan Christina sebagai Ketua Pembangkang Sabah yang baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Speaker DUN Sabah pada 10 April lalu memutuskan Lajim yang merupakan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah iaitu salah sebuah parti pembangkang di Sabah kekal sebagai Ketua Pembangkang Sabah sehingga hujung penggal DUN.

Syed Abas berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti bantahan daripada ADUN PKR dan DAP mengenai jawatan tersebut.

Lajim yang merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah bertindak keluar dari parti tersebut tahun lalu kerana hilang kepercayan terhadap PKR.

Lajim kemudian menubuhkan Parti Harapan Rakyat Sabah.

 

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.