PM LUANGKAN MASA ZIARAH HADI

 

Datuk Seri Najib Razak pada Khamis meluangkan masa menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana Menteri meluangkan masa 15 minit bertemu Ahli Parlimen PAS Marang itu, yang kini mendapatkan rawatan di sana sejak beberapa hari lalu selepas menjalani pembedahan injap jantung.

“Selama 15 minit di sana, saya bertemu juga dengan keluarga Abdul Hadi dan doktor yang merawat beliau.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan. Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” katanya menerusi entri Facebook beliau.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.